Assalamualaikum,
Tiba-tiba fikiran saya ingat perkataan perjuangan. Apakah erti perjuangan? Tahukah anda bahawa mempunyai semangat berjuang adalah salah satu perkara yang begitu baik untuk disebadikan di dalam diri kita. Perjuangan ini mempunyai banyak bentuknya. Istilah perjuangan dari pendapat peribadi saya adalah mempunyai satu keazaman dan kesungguhan dalam mencapai sesuatu lebih-lebih lagi perjuangan untuk prestasi diri yang lebih mulia di sisi-Nya. Perjuangan boleh disokongi dengan penulisan, hujah-hujah penuh makna, dan juga perbuatan. Perjuangan juga perlu juga disertai dengan keyakinan, keberanian, kepintaran dan kecekalan. Dalam berjuang, matlamat seharusnya jelas.
Teringat pula perjuangan Zainab, cucu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan syiar dan syariat Islam. Kesungguhan yang berbekal semangat dari awal perjuangan Datuknya menyelirat di setiap aliran darah wanita cekal ini. Inilah dia perjuangan yang telah ada sejak zaman Rasulullah
lagi. Matlamat hanyalah satu iaitu menegakkan Islam dan kesepaduan di dalam pemerintahan negara Islam dan menyatupadukan umat dalam menjamin keharmonian negara.
lagi. Matlamat hanyalah satu iaitu menegakkan Islam dan kesepaduan di dalam pemerintahan negara Islam dan menyatupadukan umat dalam menjamin keharmonian negara.
Hari ini perjuangan perlu diteruskan. Bersatu-padu adalah asas keharmonian hidup. Tiada perpaduan pincanglah hidup. Kesepaduan dan kesepakatan di dalam melakukan sesuatu pekerjaan tidak kiralah dari rumah mahupun di mana-mana. Itu juga dipanggil perjuangan. Di dalam Islam juga sering ditekankan tentang perpaduan. Wujudkan perpaduan antara sesama insan dan makhluk-makhluk lain di muka bumi. Berbuat baik dengan setiap makhluk yang ada. Jadikan perjuangan sebagai satu pembakar semangat untuk terus maju. Maju di dalam segala aspek.
Perjuangan juga tidak kenal tua atau muda. Berbekal semangat kecekalan adalah satu tunggak kukuh dalam mencapai apa yang diperjuangkan. Jangan takut perjuangan kita hancur dan sertailah kesabaran dalam perjuangan supaya kita lebih redha oleh ketentuan Ilahi. Perjuangan yang murni akan dipandang tinggi oleh-Nya. Berjuanglah untuk agama. Agama suci kepunyaan Ilahi
No comments:
Post a Comment